MARI BERHENTI MEROKOK

kenapa berhenti?

Mengapa anda perlu berhenti? Ia tidak baik untuk semua orang kerana...

Seterusnya

BAGAIMANA UNTUK BERHENTI?

Bersedia untuk berhenti merokok sepenuhnya?

Seterusnya

Rokok Dan COVID -19

Merokok melemahkan sistem imun, yang menjadikannya lebih sukar untuk badan anda melawan penyakit....
Seterusnya

MANFAAT BERHENTI MEROKOK DARI SUDUT KESIHATAN

Keputusan untuk berhenti merokok adalah untuk kebaikan diri dan keluarga anda. Manfaat yang anda perolehi dari berhenti merokok :
  • Hidup lebih lama - Satu daripada dua prokok akan mati lebih awal kerana penyakit yang berkaitan dengan merokok. Merokok membunuh hampir 5 ribu warganegara Malaysia setiap tahun.
  • Mengelakkan bahan berbahaya - asap rokok mengandungi hampir 4000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan barah.
  • Pencegah penyakit - hampir 40 jenis penyakit berkaitan dengan merokok. Kanser paru-paru, penyakit jantung, penyakit paru-paru kronik, strok, ulser peptik adalah antara penyakit berbahaya yang berkaitan dengan tabiat merokok.
  • Kehidupan yang lebih sihat - orang yang tidak merokok kurang mengalami batuk, selesema dan penyakit pernafasan lain berbanding dengan perokok.
  • Pencegahan bahaya kepada orang lain - ketika anda merokok, orang di sekitar anda terjejas dan akan mengalami kesan buruk asap rokok seperti asma dan penyakit pernafasan yang lain.
  • Menjadi teladan yang baik terutamanya kepada keluarga dan anak-anak anda.
  • Meningkatkan tahap kecergasan dan mempunyai badan yang sihat.
  • Meningkatkan deria bau dan rasa.
  • Mempunyai gigi yang lebih putih dan nafas lebih segar.
  • Mengurangkan bau asap rokok pada rambut dan pakaian.
  • Menjimatkan wang - laburkan wang anda dan bukannya beli rokok. Pelaburan RM 10.00 sehari = RM 300.00 sebulan = RM 3600.00 setahun. Sekiranya anda melabur wang anda selama 10 tahun, anda sudah mempunyai RM 36000.00 dalam akaun simpanan anda.
  • Perlindungan alam sekitar - puntung rokok yang dibuang oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran.
  • Tingkatkan kesuburan.
  • Meningkatkan potensi lelaki.

MANFAAT KESIHATAN BAGI OTAK HINGGA OTOT DAN TULANG

Pusat Kesihatan UTeM
Kampus Induk Universiti Teknikal Malaysia Melaka,
Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal, Melaka Malaysia.
Telefon : 06-2701430    Email: pusatkesihatanutem@utem.edu.my