
Mengapa Anda Mesti Berhenti?
Ia tidak baik bagi semua orang kerana :
- Merokok membahayakan orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga anda.
- Ibu mengandung boleh mengandung bayi pramatang, kurang berat badan atau mati lahir.
- kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh :
- Jatuh sakit lebih kerap dengan batuk, selesema, jangkitan hidung, telinga dan tekak.
- Mempunyai perkembangan paru-paru yang lebih perlahan.
- Menghidap asma.
Mengapa Anda Mesti Berhenti?
Merokok menyebabkan 84% kematian akibat kanser paru-paru dan 83% kematian akibat penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD). Orang yang mempunyai COPD mengalami kesukaran bernafas, terutamanya disebabkan oleh penyempitan saluran udara mereka dan pemusnahan tisu paru-paru.
Merokok menyebabkan masalah yang tidak menarik seperti nafas berbau dan gigi bernoda, dan juga boleh menyebabkan penyakit gusi dan merosakkan deria rasa anda. Kerosakan yang paling serius ialah peningkatan risiko kanser di bibir, lidah, tekak, kotak suara dan esofagus anda.
- 1 Minggu – RM119 - Membeli hidangan makanan laut yang lengkap untuk 5
- 1 Bulan – RM510 - Membayar duit kereta selama 1 bulan
- 1 Tahun – RM6,205 - Membayar percutian 4H3M ke Australia untuk 2 orang
- 5 Tahun – RM31,025 - Membeli motorsikal berkuasa tinggi atau membuat duit muka rumah
- 10 Tahun – RM62,050 - Membeli kereta tempatan berspesifikasi penuh (MyVi)
Garis panduan berhenti merokok














