FAKTA MEROKOK
Merokok merupakan risiko utama kepada komplikasi penyakit tidak berjangkit seperti kanser, penyakit kardiovaskular dan penyaki paru-paru kronik. Pertubuhan Kesihatan sedunia telah menganggarkan lebih 20,000 lelaki dewasa di Malaysia mati setiap tahun akibat komplikasi merokok.
Akibat daripada kesan komplikasi dan kematian yang tinggi, merokok telah memberi kesan kepada ekonomi negara dalam pelbagai aspek termasuk beban kos yang tinggi bagi merawat penyakit akibat merokok, menjejaskan produktiviti disebabkan oleh pekerja yang sering tidak sihat dan menyebabkan kerugian kepada negara akibat kematian pra matang.
Melalui kajian National Health Morbidity Survey (NHMS) pada tahun 2019, prvalen perokok di Malaysia yang berumur 15 tahun dan keatas adalah 21.3% iaitu seramai 4.8 juta orang. Jumlah prevalen perokok lelaki dewasa adalah sebanyak 40.5% manakala prevalen perokok wanita pula adalah sebanyak 1.2%.

KAJIAN KESIHATAN MORBIDITI NASIONAL [NHMS (National Health and Morbidity Survey 2019)]
- 21.3% rakyat Malaysia merokok.
- 40 dari 100 lelaki merokok, 1 dari 100 perempuan merokok.
- Umur pengguna (% tertinggi) - 30-34 tahun (27%)
- 58% perokok dari golongan B40
- 5% (1 juta) rakyat Malaysia merupakan pengguna rokok elektronik/ vape
- 40 dari 100 lelaki merupakan pengguna vape, 2 dari 100 perempuan menggunakan vape
- Umur pengguna (% tertinggi)- 20-24 tahun (15%)
- 56% pengguna vape dari golongan B40. Secara purata, perokok menghisap 13 batang setiap hari. Pendedahan kepada asap rokok pasif: Rumah (31%), Tempat Kerja (27%), tempat makan berhawa dingin (9%), tempat makan tanpa hawa dingin (48.1%)
- 49% perokok pernah berusaha untuk berhenti merokok
KAJIAN TEMBAKAU & E_ROKOK DI KALANGAN REMAJA MALAYSIA [TECMA (Tobacco & E-Cigarette Survey Among Malaysia Adolescent) 2016 ]
- 14% pelajar sekolah berumur 10-19 tahun merokok
- 24 dari 100 pelajar lelaki merokok, 4 dari 100 pelajar perempuan merokok
- 9% pelajar sekolah menengah menggunakan vape/ rokok elektronik
- 16 dari 100 pelajar lelaki menggunakan rokok elektronik/ vape, 3 dari 100 pelajar perempuan menggunakan rokok elektronik/ vape
- 19% pelajar sekolah pernah menggunakan/ mecuba menggunakan rokok elektronik/ vape
- 47% pelajar sekolah yang menggunakan rokok elektronik mencuba produk tersebut sebelum umur 14 tahun
- 5% pelajar sekolah merupakan dual user (rokok konvensional dan rokok elektronik/ vape)
- 38% pengguna di kalangan pelajar ini mengetahui bahawa nikotin terdapat di dalam cecair rokok elektronik
- 12% pelajar sekolah menengah menggunakan rokok elektronik/ vape
- 11% pelajar berusia 13-15 tahun menggunakan rokok elektronik/ vape
- Pengguna tertinggi adalah di kalangan pelajar berumur 16-19 tahun (13%)
- 46% pengguna rokok elektronik bermula dengan menghisap rokok konvensional
- 43% pengguna mendapatkan rokok elektronik melalui rakan-rakan
Merokok meningkatkan risiko, sehingga 10 kali mendapat 40 penyakit serius seperti barah paru-paru, penyakit jantung dan strok. Merokok boleh mempengaruhi hampir setiap organ dan tisu badan anda.