Image

Mengapa Anda Mesti Berhenti?

Ia tidak baik bagi semua orang kerana :

  • Merokok membahayakan orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga anda.
  • Ibu mengandung boleh mengandung bayi pramatang, kurang berat badan  atau mati lahir.
  • kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh :
    • Jatuh sakit lebih kerap dengan batuk, selesema, jangkitan hidung, telinga dan tekak.
    • Mempunyai perkembangan paru-paru yang lebih perlahan.
    • Menghidap asma.

Mengapa Anda Mesti Berhenti?

ref: 1) http://jomquit.moh.gov.my/why-quit/reasons
ANDA AKAN BERNAFAS DENGAN TENANG

Merokok menyebabkan 84% kematian akibat kanser paru-paru dan 83% kematian akibat penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD). Orang yang mempunyai COPD mengalami kesukaran bernafas, terutamanya disebabkan oleh penyempitan saluran udara mereka dan pemusnahan tisu paru-paru.

ANDA AKAN MEMILIKI SENYUMAN YANG MENARIK

Merokok menyebabkan masalah yang tidak menarik seperti nafas berbau dan gigi bernoda, dan juga boleh menyebabkan penyakit gusi dan merosakkan deria rasa anda. Kerosakan yang paling serius ialah peningkatan risiko kanser di bibir, lidah, tekak, kotak suara dan esofagus anda.

ANDA AKAN BERASA LEBIH BAIK

Merokok boleh menyebabkan mati pucuk lelaki, kerana ia merosakkan saluran darah yang membekalkan darah ke zakar. ia juga boleh merosakkan sperma, mengurangkan jumlah sperma dan menyebabkan kanser testis.

ANDA AKAN LEBIH BERJIMAT

  • 1 Minggu – RM119 - Membeli hidangan makanan laut yang lengkap untuk 5
  • 1 Bulan – RM510 - Membayar duit kereta selama 1 bulan
  • 1 Tahun – RM6,205 - Membayar percutian 4H3M ke Australia untuk 2 orang
  • 5 Tahun – RM31,025 - Membeli motorsikal berkuasa tinggi atau membuat duit muka rumah
  • 10 Tahun – RM62,050 - Membeli kereta tempatan berspesifikasi penuh (MyVi)
"Pengiraan berdasarkan 1 bungkus rokok sehari (Tahun 2016)"
ANDA AKAN LEBIH TENANG DALAM MENGURUS MASA

Karbon monoksida daripada asap dan nikotin kedua-duanya memberi tekanan pada jantung dengan menjadikannya berfungsi lebih cepat. Mereka juga meningkatkan risiko pembekuan darah anda. Merokok menggandakan risiko anda mendapat serangan jantung.

Garis panduan berhenti merokok

Pusat Kesihatan UTeM
Kampus Induk Universiti Teknikal Malaysia Melaka,
Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal, Melaka Malaysia.
Telefon : 06-2701430    Email: [email protected]