![]() |
||
|
Saya tidak pernah terfikir untuk berhenti merokok. Pada suatu hari saya mengalami sakit dada dan sesak nafas pada bulan Disember 2018. Saya dimasukkan ke Hospital Melaka untuk rawatan. Doktor yang merawat saya mengenal pasti masalah saya berpunca dari penyakit jantung. Oleh kerana saya disahkan menghidap penyakit jantung, doktor yang merawat saya menasihati saya untuk berhenti merokok bagi mengurangkan risiko serangan jantung. Saya teragak-agak untuk berhenti kerana saya tidak pasti boleh berhenti. Tetapi doktor meyakinkan saya bahawa saya boleh berhenti. Oleh itu, saya bertekad untuk berhenti bermula pada hari itu. Alhamdulillah, saya tidak mengalami masalah atau gejala negatif walaupun saya berhenti merokok dengan serta merta. Setakat ini saya berjaya berhenti merokok dan kekal bebas dari rokok. |

