![]() |
||
|
Saya berhenti merokok pada tahun 2018. Pada masa itu saya mengalami kebas di kawasan rahang. Saya pergi ke hospital swasta untuk pemeriksaan lanjut. Berdasarkan pemeriksaan dan ECG, Doktor mengesahkan saya mengalami serangan jantung. Doktor segera melakukan prosedur angiogram dan stent kerana 4 saluran darah di jantung tersumbat. Saya juga didapati menghidap diabetes dan tekanan darah tinggi pada masa yang sama. Ini adalah pengalaman yang mengerikan dan mengejutkan bagi saya. Allah memberi saya peluang kedua untuk meneruskan kehidupan. Sejak hari itu saya berhenti merokok sehingga sekarang. |
