![]() |
||
|
Dulu saya seorang perokok. Saya sudah lama berhasrat untuk berhenti merokok tetapi saya rasa teramat sukar untuk berhenti. Saya sering berdoa agar saya dapat berhenti merokok kerana saya rasa merokok itu membebankan. Sehingga pada tahun 2011, selepas solat terawih, hati saya berkata ‘Jika pada bulan puasa saya tidak merokok , mengapa saya tidak boleh berhenti? Saya sebenarnya boleh berhenti’. Saya memutuskan untuk berhenti. Nampaknya tidak sukar untuk berhenti. Saya tiada mengalami kesan negatif berhenti merokok seperti yang diperkatakan orang. Saya bersyukur akhirnya berjaya berhenti merokok. |
