![]() |
||
|
Saya seorang penghisap vape dan rokok. Suatu hari saya mengalami kesukaran untuk menelan makanan selama seminggu. Keadaan bertambah buruk apabila saya sukar menelan makanan atau minuman. Saya segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Doktor melakukan endoskopi saluran makanan. Berdasarkan hasil pemeriksaan, terdapat banyak keradangan dan ulcer di sepanjang saluran makanan seolah-olah saya minum asid. Sampel tisu saya diambil untuk memastikan tidak ada tisu barah. Saya diberitahu bahawa rokok dan vape adalah penyebab penyakit gastrik saya menjadi semakin teruk. Keradangan saluran pemakanan juga disebabkan oleh kesan merokok. Saya dinasihatkan untuk berhenti merokok termasuk vape sekiranya saya ingin sembuh. Ia juga dapat mengelakkan risiko barah. Saya mengikuti nasihat Doktor untuk berhenti merokok dan vape. Alhamdulillah, setelah sebulan berhenti merokok, saya dapat menikmati makanan dan minuman lagi. Proses berhenti saya sangat mudah dan saya mendapat sokongan berhenti dari Klinik Berhenti Merokok yang dianjurkan oleh Pusat Kesihatan UTeM. |
